Aksara Syawi

Aksara Syawi (juga dikenali sebagai aksara Shaw) ialah aksara jenis alfabet yang dicipta sebagai cara untuk menghasilkan ortografi fonetik yang mudah untuk bahasa Inggeris demi menggantikan kesukaran ejaan lazimnya. Ia telah dibiayai anumerta oleh dan dinamakan sempena dramawan orang Ireland, Bernard Shaw. Shaw menetapkan tiga syarat utama untuk aksara baharu tersebut: ia mestilah (1) sekurang-kurangnya mempunyai 40 huruf; (2) sefonetik yang mungkin (yaitu, huruf harus memiliki kepadanan 1:1 dengan fonem); dan (3) berbeza dari aksara Rumi untuk mengelakkan tanggapan bahawa ejaan baru hanya kesalahan ejaan.